Che Wan tersenyum menyantuni soalan rakan pelanggan, beberapa tahun lalu. Hanya berbaki 10min sebelum sesi Latihan Millennial Media bermula, sempat mereka mencelah melontarkan soalan cepu emas.
Mereka memahami, ketika itu Che Wan masih bergelar wartawan akhbar arus perdana… justeru sudah pasti mereka menantikan jawapan professional. Tanpa prajudis, sekali pun ia membabitkan dilema integriti Professional Media Trainer berbanding kerjaya media yang mendambakan pengiklan.
“Berguna.” Che Wan menjawab, sambil mencicip air kopi panas hidangan minum petang pihak penganjur. “Media Tradisional melengkapi kelemahan pada Media Baharu dan Media Internal. Kreadibiliti dan profesionalisma media tradisional tak dapat ditandingi kedua-dua media ini,” kata Che Wan mengulas ringkas komponen yang menjadi asas Millennial Media.
Setiap komponen media memiliki kekuatan masing-masing. Mengadunkannya dalam satu strategi lengkap pasti akan membuahkan hasil berbeza. Memang kini media berebut-rebut mahu memenangi pembaca dengan strategi “Who’s first!”.
Namun, tanpa kelangsungan berita.. satu-satu isu akan cepat surut panasnya, dan pembaca akan kehilangan kepuasan mengodak kupasan isu berkenaan yang akhirnya tergantung tanpa penamat. Di sini, kemahiran dan profesionalisma media tradisional akan menjadi penentuan.
Dengan hanya satu mesej “Powerful” di bawa menerusi muka hadapan akhbar atau video pendek ulasan laporan berita TV mampu memanaskan kembali satu-satu isu. Sekali pun, media tradisional dipalit dengan omokan jumlah edaran akhbar yang rendah atau genZ tidak menonton berita di TV.
Kekuatan kreadibiliti jenama media tradisional yang masih kukuh menjadi pemangkin mempercepatkan penularan isu terbabit menerusi perkongsian media sosial, diolah dan dikongsi melangkaui rangkaian komunikasi sosial seperti whatsapp dan telegram.
Itulah kekuatan Penyatuan yang hanya dimiliki media tradisional. Secara peribadi, setakat ini Che Wan belum nampak mana-mana media baharu yang mampu memiliki kreadibiliti seperti itu. Kemampuan mewujudkan impak sistemik hadir dengan harga pengalaman dan profesionalisma warga media tradisional.
Justeru, kemampuan PR mengenal pasti kesesuaian masa dan aset media yang tepat mengikut isu akan dapat membantu meningkatkan komunikasi dan promosi satu-satu program. Bukan hanya mengukur berapa ramai orang baca akhbar kemudian dibandingkan dengan berapa juta followers tiktok.
Ini hanya sebahagian perkongsian daripada keseluruhan intipati Millennial Media yang sering Che Wan bawakan dalam semua media training. Mesej Che Wan hanya satu, Tradisional Media masih relevan, melengkapi kelemahan Media Baharu dan Media Internal.
Fahami ketiga-tiga aset Millennial Media ini kerana kita generasi era Komunikasi Millennial.