VIP Nightmare!

Train By Media:

Masihkah kita ingat insiden PC Prasarana? Mengenali pengendali pengangkutan awam ini, Che Wan faham mereka sebenarnya memiliki pasukan media dan komunikasi korporat yang hebat. Antara terbaik di Malaysia. Namun kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Sebenarnya, sebelum penubuhan Millennial Media Hub, sesi latihan paling banyak Che Wan kendalikan adalah melatih VIP. Dan kini, sesi latihan in-house training ini diteruskan menerusi geran SBL-Khas HRD Corp di bawah Training Provider, Volt On Sdn Bhd.

Tujuannya supaya lebih ramai VIP dapat dilatih dengan kemahiran mendepani wartawan atau media menggunakan peruntukkan HRD Corp. Bahkan, bagi memastikan objektif tercapai, latihan kebiasannya dijalankan dalam kelompok yang kecil antara 2 hingga 5 individu agensi berkenaan sahaja.

Percaya atau tidak, kebanyakan permintaan untuk melatih VIP ini datangnya daripada pegawai PR atau CorpComm sendiri. Bukan kerana rakan PR tidak mampu membimbing VIP, tetapi mereka lebih ‘selesa’ memanggil orang luar menunjuk ajar asas mendepani media.

“Kami mahu orang media sendiri yang ajar.” Itulah ayat yang biasa diberikan rakan PR menyembunyikan maksud tersirat untuk Che Wan berhadapan dengan karenah VIP. Memang benar, lebih mudah untuk Che Wan sendiri membimbing VIP ini.

Apatah lagi, kehadiran Che Wan dalam setiap sesi latihan VIP adalah sebagai WARTAWAN. Berbeza dengan latihan Millennial Media yang lain, Che Wan tampil sebagai Media Trainer.

Maka, VIP ini akan terdedah dengan asakan media sebenar dan taktik2 licik diamalkan wartawan khususnya Investigation Journalists mendapatkan berita. Kebanyakan mereka akan didedahkan dengan kelemahan diri yang berisiko terjerumus dalam krisis komunikasi.

Ini kerana, sesi latihan MILLENNIAL MEDIA dirangka berbeza daripada latihan komunikasi di pasaran antarabangsa yang lain. Train By Media disediakan bertujuan untuk mendidik dan membantu melengkapkan VIP yang baru dilantik syarikat berkenaan memahami kepentingan menjaga imej korporat. Lebih2 lagi bagi VIP dari luar negara perlu memahami keunikan budaya dan amalan media Malaysia.

Sesi latihan ini mengamalkan dasar “pintu tertutup” yang bermaksud “What Happens Here, Stays Here. Kerana itu, hanya individu terpilih sahaja yang akan dibenarkan untuk bersama VIP ketika sesi latihan. Kebiasannya pengurusan tertinggi syarikat terbabit.

Berdasarkan pengalaman Che Wan, VIP lebih terbuka dengan kami, rakan wartawan berbanding staf mereka sendiri khususnya membabitkan isu2 memperbaiki kemahiran menjawab soalan, gugup ketika berucap dan panik digasak soalan2 panas wartawan.

Jangan terkejut, ramai VIP yang Che Wan jumpa khususnya yang baru dilantik mengakui ‘takut’ bertemu media kerana bimbang tersalah cakap atau terlepas cakap sehingga menjejaskan kreadibiliti mereka. Maka mereka memilih untuk berdiam diri atau hanya memanggil kumpulan kecil media supaya lebih mudah dikawal.

Justeru Che Wan harap kehadiran Millennial Media Hub dapat mengisi kelompongan ini dan memberi ruang kepada lebih ramai VIP baharu mendapat pendedahan mendepani media. From Media, For Media… supaya tidak pening rakan media melayan karenah VIP ini kelak. I feel you my friends.

Kepada rakan PR, Che Wan faham… nak ditegur tak sampai, nak ditegah takut langgar bos. Maka, panggil lah Che Wan awal2… jangankan nanti kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.

Semoga Bermanfaat
Che Wan Badrul Alias – Media Strategist
Professional Media Trainer
HRD Corp Certified Trainer
Millennial Media Hub
voltonmalaysia@gmail.com

#AIM100post – 2nd post
#millennialmediahub
#mediamalaysia
#supportbisnesrakanmedia