Bersedia dilambung ombak

Train By Media: 


Kepada rakan media…
 
Che Wan sampaikan satu nasihat daripada rakan2 media yang sudah berada di luar industri:
“Cari pendapatan sampingan.”
Sepanjang setahun setengah Che Wan menjejaki dan membantu puluhan rakan media untuk berdiri kembali, satu pengajaran yang kami pasukan Millennial Media peroleh adalah kepentingan pendapatan sampingan.
 
Millennial Media dapati, terdapat sebahagian sahabat media yang ditemui lebih mudah beralih ke bidang baharu kerana mereka sudah pun memiliki pendapatan sampingan sebelum ini, dan kini ia menjadi tunjang pendapatan utama mereka sekeluarga.
 
Manakala sebahagian rakan media lain yang tidak memiliki pendapatan sampingan atau kemahiran alternatif, berdepan tempoh sukar untuk bangkit kembali. Bahkan ada segelintir mereka terpaksa berhempas pulas memulakan perniagaan yang mereka sendiri tidak tahu masa depannya.
 
Pengumuman program VSS Media Prima 2019-2020. Rakan media di NSTP dan TV3 antara yang terkesan dan ada diantaranya mengambil peluang beralih ke industri lain.
 
Che Wan faham banyak cabaran dihadapi rakan media yang berhenti tahun lalu. Tekanan ekonomi, krisis kesihatan dan pelbagai lagi memberikan implikasi dan dugaan yang luar biasa.
 
Namun terdapat sahabat media yang berjiwa besar atau memiliki pendapatan sampingan sebelum ini, memanfaatkan krisis ini untuk melonjak bangkit kembali. Sebagai bekas wartawan ekonomi, ini adalah kali pertama Che Wan melihat bantuan yang sangat besar dan luar biasa diberikan kerajaan kepada sektor PKS khususnya start-up.
 
Sebagai contoh mudah, hampir setahun kami dibenarkan mengambil moratorium bagi pinjaman rumah, kereta dan pelbagai lagi. Ia memudahkan kami memfokuskan modal untuk membina perniagaan dan kelangsungan hidup. Bantuan seperti ini tidak pernah berlaku dan tidak dirasai oleh mana2 siri retrenchment sebelum ini.
 
Bayangkan jika rakan media diberhentikan di saat ekonomi tengah makmur, perniagaan yang baharu dibina memerlukan masa untuk diasaskan, perlukan modal tambahan untuk membeli stok, dan perlukan modal pemasaran yang lebih besar untuk bersaing syarikat yang sudah stabil dan memiliki ramai pelanggan.
 
Krisis kali ini memberikan peluang saksama kepada semua pesaing untuk bersaing di garisan permulaan dalam norma baharu dan strategi pemasaran dalam talian. Kelebihan rakan media menghasilkan kandungan online sepanjang berkhidmat dalam industri dulu menjadi senjata rahsia digeruni pesaing dalam pasaran kini.
 
Inilah yang Che Wan tekankan, Cari Kesempatan Dalam Kesempitan.
Sampai sekarang Che Wan masih teringat perkongsian rakan ex-media tahun lalu: “Che Wan, pendapatan sampingan saya ni dulu selalu kena kutuk sampaikan ada je bos yang perli saya tak perform sebab berniaga kecil-kecilan ini. Alih2 sekarang, duit ni la yang menyelamatkan kami sekeluarga, bukan duit diaorg.”
 
Kerana itu, Che Wan ingatkan atas rasa rendah diri dan kasih sayang, tolong lah sahabat media sediakan “Payung sebelum hujan.” Kita sudah memilih untuk “Berumah di tepi pantai, maka kita kena bersedia dengan rumah lain yang lebih kukuh jika dilambung ombak.”
 
Ingatlah, kita tidak tahu sampai bila takdir kita di daratan. Sampai masa kita hanyut, sampai masa kita berundur.
InsyaAllah, Millennial Media kini di peringkat akhir memperincikan inisiatif Millennial Media Managers yang akan dibuka kepada semua rakan2 media, PR dan ex-media menjana pendapatan kandungan kreatif secara gig economy. Doakan semoga dipermudahkan. Ikuti perkembangannya ye sahabat.
 
Semoga Bermanfaat.
 
Professional Media Trainer
Millennial Media Hub
voltonmalaysia@gmail.com