Kekalkan Momentum 'UMP' pada UMPSA!

Penjenamaan UMPSA setanding University Of Tokyo di Media Sosial

Train By Media: 

TERKEJUT rakan CorpComm UMPSA apabila pasukan Cyber-Intelligence Che Wan kongsikan data prestasi media sosial mereka setanding University of Tokyo. 

Bertahun lamanya mereka memerah keringat menaikkan kredibiliti jenama universiti mereka di media sosial dan bersaing dengan universiti tempatan lain… tanpa mereka sedari prestasi agensi sudah setanding universiti antarabangsa. 

Kehadiran Che Wan sebenarnya hanya untuk melatih rakan CorpComm dengan kemahiran pengurusan media, pelaburan media, pemerkasaan asas komunikasi korporat dan aset media sosial agensi. Kursus diminta adalah Course Code MM67: Professional Millennial Media for Corporate Communication. 

Pemantapan Pengurusan Media dan Penjenamaan UMPSA 2023/2024
Program Pemerkasaan Penjenamaan UMPSA di kalangan Pegawai Komunikasi Korporat dan Pengurus Kanan Universiti di UMPSA Pekan, 2023

 

Namun, ketika Che Wan minta pasukan Corporate Cybertroopers Millennial Media Hub menyediakan bahan meta data UMPSA, kami dapati ada sesuatu yang menarik perhatian. Penjenamaan UMPSA setanding University of Tokyo! Wow!

Kebiasaannya perkhidmatan Meta Data dan Data Forensik ini tidak disediakan dalam kursus latihan, kerana secara asasnya tidak termasuk dalam perkhidmatan yang dijanjikan, namun mengenangkan rakan CorpComm perlu menentukan pelan pelaburan media dan Media Buy mereka, maka kami ‘hadiahkan’ data ini buat mereka.

Che Wan faham, kebanyakan agensi sudah melanggan laporan Media Sosial yang disediakan pihak ketiga setiap bulan atau setiap tahun😅. Namun dengan keupayaan pasukan Cyber-Intelligence kami menjana data real-time dan deep data, kami rasakan wajar kami kongsikan analisis mendalam kepada prestasi semasa agensi.

Kami memahami cabaran rakan CorpComm dan pegawai komunikasi media agensi mendepani era media sosial, justeru Che Wan terpanggil untuk membantu mendekatkan jurang kemahiran ini supaya kerjasama antara rakan Media dengan CorpComm lebih lancar pada masa depan. 

Harap takde la lagi yang melayan media makan asing2 ye🤣

Semoga bermanfaat.

 
Professional Media Trainer
Millennial Media Hub
HRD Corp Training Provider & Certified Trainer
voltonmalaysia@gmail.com